Total Pageviews

Wednesday, October 15, 2014

Cabaran I Love You


Tahukah anda?

Ada orang yang kat dalam dunia ni susah nak bagitau dia sayang seseorang itu. Apatah lagi nak cakap I Love You.

Ada orang yang rasa perkataan I Love You ni berat. Susah nak ungkap. Macam kawan aku kabor lah, dia susah nak cakap I Love You kat seseorang itu yakni lelaki. Dan, dia mengkategorikan diri dia sebagai seorang yang susah nak jatuh cinta.

Tapi ex setakat ini dah ada 7.

Susah nak jatuh cinta wakluuuu.

Macam jugak orang yang mengaku dia susah nak cakap I Love You sebab ia melibatkan hati dan perasaan. Eh, memang lah!

Macam kau cakap I Love You kat Mak engko pun it is link to your love and affection. Tapi, towards your mader, that’s the difference.

Engko asal I Love You je engko menggeletis bijik pikirkan ia cinta kepada sesaorang ittew. Mat Saleh tu rilek je cakap I Love You tanda sayang sesama manusia. Okay je pun?

Sebenarnya orang kita memang gitu. Engko cakap I Love You tetibe kat kawan engko pun, eh mampos kena maki kan? Yelah, engko biasa mengeluarkan kata-kata makian terhadap kawan-kawan sekutu sebangsa engko, tetibe harini nak kabor I Love You.

Buang tebiat?

Baidewei, harini kawan aku sendiri cabar aku untuk menyahut cabaran abang sarabanon si faizdickie ni. Memula malas nak layan, tapi sebab kawan aku provoke, last-last aku pun hanyut dalam lautan I Love You dia ni.

Aku mention sesiap eh ini #CabaranILoveYouFaizDickie. #VillagePeople harus familiar with this, tapi orang yang tak familiar harus lemparkan binatang apakah ini. Kang ada orang ingat aku tengah buat confession pulek.

Beritahu orang yang anda sayang, dengan mengucapkan I Love You kepada mereka harini.

So, one two three go!
  
































The most awaited I Love You Too message goes to bapak gue. Aku selalu je cakap I Love You kat Mak aku. Tapi belum pernah lagi kabor ke Abah. Biasanya aku kabor aku sayang pun dalam mesej je, kalau kat depan, gaduh memanjang. Kahhh.




Hahaha I picked random people I’m close enough to.

Anyway, sorry for making some people (not all of them) worried. Yelah, tetibah engko cakap I Love You kejadah dia khen? Mungkin ada yang pikir adekah engkau tak hidup lama lagi dimuka bumi ini?

And, sorry for making some of them went misunderstanding. Tak. Ini bukan confession yang bersembunyi disebalik cabaran. Those guys are my friends. Kakaka.

Serious shit, I’m doing this for fun. Walaupun memang lah sayang pun sebenarnya. Hiks

Dan, ada juga beberapa yang tak response. Jilakeeeenyeee tak reply waksap aku. Hahaha

Dan juga, mintak ampun sebab aku pun tak reply waksap semorang ni lepas aku sebarkan rasa cintaku padamu. Dah penat type, type, type, type pada beberapa juta orang, last-last aku mengantuk. Terus selamat tenggelam dalam lautan api mimpi ngerimu.

Wah, banyak masa nampak? Thesis dah siap, thesis?


So guys, why don’t you say I Love You?  Challenge accepted! #CabaranILoveYouFaizDickie


Saturday, October 11, 2014

Perempuan Itu


Harini mood aku tersangatlah cerah dan berwarna-warni bak pelangi yang ada 7 kaler.

Walaupun, dah berapa hari berjanji untuk derived 20 questions dari pekeliling. Tapi haram. Ujung-ujung buat mende lagha jugak. 

Walaupun, berjanji harini nak siapkan assignment odc. Tapi haram. Memanjang kelaut. 

Walaupun, berjanji harini nak habiskan lambakan jurnal yang tak habis baca lagi. Tapi haram. Masuk page yang kedua je otak aku dah ada idea nak buat mende yang lebih menyeronokkan. Main Diablo contohnya. 

Last-last pertikaikan kenapa masa berlalu begitu pantas? Padahallll, kau dari kecik Cikgu Yaakub dah kabor Masa Itu Emas, kau je semedang-medang pi pajak masa kau. 

Masalahnya, aku cuba menghargai weekend aku dengan mende yang santai. Bergolek-golek atas katil. Sembang mende mengarut dengan geng sekutu sampai kengkadang mengarut tak tercapai dek akal. Pergi gym dan juga menghargai nikmat hidup dengan aktiviti yang menyeronokkan, atau pun paling-paling bertunas dengan kawan baik aku, yeitu otak. Otak aku sentiasa berguna dalam kondisi ianya tak perlu pun digunakan. Memandangkan, weekdays dah lah tak cukup ruang nak bernafas. 

Tapi..
FYP ENGKO TAK SIAP LAGI NATANGGG! 

Bergema seluruh alam suara dari langit. 

Peh. Rindu betul zaman masa tahun 1. Weekend adelah waktu untuk rilek dan berseronok. Sekarang dah tahun akhir, weekend adelah neraka bagiku. 

Tapi entah. Sebab mood gembira memanjang start dari celik mata, hari ni aku kemas rumah dan mop sampai koridor luar rumah. Pakai softlan siapa entah dalam bilik air. Pedulik, asal boleh mop dan wangi. Nama nak membeli ajax fabuloso, memang kedekut.

By tengahari aku keluar pegi makan dengan kawan aku.

Di tengah panas yang berdenting ini, kelihatan awan di langit Borneo tersangat lah cantik. Aku selalu observed mende dari semester 1. Tak tau lah kalau mata aku je yang tengok cantik kan. Sebab ada orang tengok semua awan sama je walaupun yang muncul hari ini adelah awan stratocumulus bukannya cirrocumulus.

Aku rasa Borneo awan dia selalunya low cloud. Cumulonimbus misalnya. Macam gula gula kapas. Ke aku je yang rasa? Ke engko tak rasa apa yang aku rasa? Kalo tak rasa takde jodoh lah tu. *tetiba*

Ok. Ia mengingatkan aku ketika exam stpm. Soklan awan yang aku harapkan keluar, tapi soklan geseran jugak sibuk nak keluar. Nasib la bijak. kalau tak mesti nangis bawah shower habis exam tu. Kahhh. 

Ketika aku sedang queue dan memilih lauk yang takde-pilihan-tapi-kena-lah-bersukur-ada-jugak-makanan, kawan aku ni potong queue aku sambil tersengih-sengih.

Lantas aku bersuara,

“Motif kau potong barisan?”

“Alaaa..” jawab kawan aku penuh ngengade sambil ketawa dan diperhatikan oleh abang jual lauk tersebut.

“Eh tolong sikit eh, kawan saya ni memang dah datang awal dari saya eh. Lain kali kalau nak bercakap tu tanya dulu, jangan pepandai pakai sound je orang.”

Tetibah.

Cengkerik yang sepatutnya memainkan peranan untuk berbunyi pun tak jadik berbunyi.

Kelihatan seorang perempuan bertudung labuh kaler pink yang sedang sibuk cedok lauk menjeling kat aku.

Ewah ewah. Dah lah tetibe masuk line dalam cerita aku, pastu nak menjeling pulak.

“Awak, saya cakap dengan kawan saya tau....” Sampuk aku yang baru perasan dia tengah marah kat aku.

“Eh yeke?? Hihihi ingatkan awak cakap dengan saya tadi!”

Motif aku nak cakap dengan kau?

Kau ingat kau best?

"Sorry ya salah faham tadi.. Hehehe"

Mkay. Awak ni pandai buat jenaka tau. Saya dah lah mudah terhibur. 


Monday, October 6, 2014

Random Raya


It's a random photos from our Hari Raya Aidiladha.

This is my second time of celebrating in Borneo.

And, this is my final year.

Blogging those photos doesn't mean anything actually. It is just a memoir so that 5 years later I can have a look at these ('cause I am no good in keeping photos, usually I deleted them all) and laugh loudly remembering how did we spent our raya with a lot of laksa sarawak.

Every houses.

Tapi teruja tengok kek lapis cheese sebab tu bukan laksa sarawak.

At least...








The members of Group Tak Balik Raya. But they changed the whatsapp group name into Group Tak Sembahyang Raya after solat. Because all of us were off. 






















Mampos ada yang carut sebab update gini je. Dah lah, thesis tak siap lagi. Bersyukur sikit.