Total Pageviews

Sunday, December 1, 2013

Salam


Pukul 4.35 pagi.

Bunyi notifikasi Whatsapp masuk.

B: Beb, Salam eksiden. Aku baru tau tadi. 

Aku: Ok. 

B: Kimak balas OK je? 

Aku: Yela. Aku tengah tido ni. 

B: Okayyyy foineeeee.

Salam takde waksap. Entah mende mende entah budak itu masih lagi di bawah pucuk pimpinan sama yeitu; talipon torchlight.

Mudah, ringkas dan jimat katanya...

Aku pandang talipon Digi: *Balance is insufficient*

Aku pandang talipon Maxis: *Balance RM19.75*

Cantik. Kita pakai talipon Maxis.

Namun akan tetapi, talipon Maxis macam suwey sikit. Asal nak taip esemes, engko tekan satu huruf, dia akan keluar huruf yang sama tapi berkali-kali.

*Tekan 'K'* Automatik jadik 'KKKKKKKKK'

Magik bukan?

Bila nak send to recepient, dia automatik nama yang teratas sekali dia akan send. Tak payah tekan, dia akan send sendiri. Ini lah talipon zaman sekarang, canggih in advance! Engko ada? Takde kan? Dah, diam.

Mak aku cakap, usaha tu tangga kejayaan. Jadi, aku cuba nak lah nak pakai tangga. Aku berusaha untuk hantar esemes pada Salam. Tanda wujudnya aku sebagai saorang kawan.

Aku tulis dalam otak, "Salam, Arip bagitau kau eksiden. Teruk ke?" 

Tapi bila dizahirkan, dia jadi... "Ssssalammmmmmmm, Aaaa" automatik terus send. Dan automatik jugak send ke nama yang terakhir aku esemes yeitu, Hussien Salam.

Ya. Hussien Bin Salam. Groupmate yang paling hensem sekali. Tapi kerek nak meninggal.

Aku cuba untuk esemes Hussien Salam, "Sorry, salah send."

Tapi bila dizahirkan, dia jadi..."Sssssssssssooor..."

Aku terus campak talipon langsung menjerit. Jeritan aku di setan-kan oleh makwe yang tido sebelah aku.

Takpe, aku cuba lagi. Tapi, kali ni aku nak hantar dekat Salam. Mana tau, lepas campak okay sikit.

Aku cuba nak esemes, "Salam, betul ke kau eksiden?"

Tapi bila dizahirkan, dia jadi.... "Sssssssssssaaalammmm ekkkekkkekk"

Dan automatik send to Hussien Salam. Recipient teratas sekali.


Ini haram jadah nama dia.



Masalahnya disini, Salam tu bapak Hussien. Dan, esemes tu dihantar automatically lebih dari 3 kali.



Sama ada Hussien kata aku nak mengorat dia.
Atau, aku mempermainkan nama bapak dia.
Atau, kedua-duanya sekali.






Aku rasa macam nak menyorok.
Sampai rasa nak menyorok dalam spenda Mira.




Wednesday, April 10, 2013

Mid-sem Break





Tobat lahom pasni midsem break aku nak balik. Ada program pun, program hujung-hujung, awal-awal aku nak balik.

Bosan nak mampus.

Ni baru seminggu cuti. Kalau sebulan entah dah ada berapa ribu video aku dengan Panau Keek. Dah pulak tu, sibuk nau Keek Keek semalam sampai terpost kat Fesbuk. Punoh lah hari kami cemni, punoh.

Disebabkan elemen-elemen asyik nak tangguh buat assignments kat dalam jasad dan roh ni ada 70%, dua-dua jadik bangang. Bangun pagi tengok muka Panau, Panau tengok muka gua. Sampai ke malam dok tengok muka engko jugak, gua rasa dah nak tempeleng je perempuan ni.

Turun bawah, sunyi je. Nak-nak waktu malam. Gua tak pasti lah memang 80% students kat kolej ni balik atau semasing duduk bertapa dalam rumah semasing. Kalau rasa nak buat party bogel kat dataran ni pun ok jugak pasal memang takde orang nak tengok.

Lepas masing-masing rasa loser dan lapar nauzubillah, jadik kami semua end up dengan keluar U pukul 11.40 malam. Sebab RJ Ayam Bakar ni memang bukak malam ke lewat malam je. Ok tak buat lagik keluar tetengah malam buta ni. Kekeke.



Rate: 8/10

Saturday, March 23, 2013

Random Sunday


Gua macam bosan betul hari ni. Disebabkan gua dah tak tau nak mengarut apa lagi dalam assignment gua ni, gua berhenti kejap ngadap Nuffnang. Amboui, ni first time gua nak cakap ni.. First time sungguh ni.. Gua ingatkan balik-balik muka je yang baca blog sampah ni.

Tapi, terima kasih lah chuols sebab menambah pendapatan gua kat Nuffnang nun. Gua rasa macam nak buat kenduri kesyukuran je tadi. Tapi gua sabor, tenangkan hati, gua simpan niat tu dalam-dalam.

Ada 20 hengget je dalam buffered earnings ni. Siapa nak jawab? Siapaaa?

Cis.

Gua tak tau nak tulis apa. Takde cerita setakat ini. Cuma these two weeks memang hari-hari gua sangat packed! Dia punya packed! tu macam memang kena letak tanda seru kat hujung. Gua ulang lagik sekali, sangat packed!

Assignments yang berlambak. Tutorials, quizzes, test, presentations serta exam yang mengundang kejap-kejap memang boleh  meningkatkan neuroticism aku.

But if God wills, I can deal with it and no regret with what I've decide.

I'm the one who motivates myself. Dah takde orang nak jadik motibater, aku tauliahkan diri sendiri motivate diri.

Listen to the brain. Everyone can do it, even more than that.

Allah makes no mistakes. And I stick with Allah tak akan uji kita lebih dari kekuatan kita. Sebab Allah tau kita kuat, maka itu dia uji.

Raised self esteem. Believe in yourself. Buat mende yang membahagiakan. Kalau makan itu membahagiakan, pegi makan sekarang. Kalau bercinta itu membahagiakan dan boleh raised self esteem, pegi cari pakwe/makwe seketul.

Jangan cepat rasa down. Down to earth tak ngape.

Effort creates opportunities. Senang cite, man jadda wa jadda lah.

Learn from mistakes. Nothing worthwhile comes easy.

Question what's not working.

Tapi kadang-kadang otak engko tak boleh nak akses motivation dari jasad sendiri. Dia kena ada semangat lain jugak. Tak gitu?

And, when life leaves you hanging, just don't quit.

But, when your dinding bilik berkurap, you can tampal the gift wrapper and feeling-feeling macam tampal wallpaper. Macam bilik aku ni. Gittew.




And, when you found that your pintu lemari doesn't work well, you also can cabut them and put it far away from your eyes. It makes you feel tenang, feel so beriman and taqwa and.. the most important thing is.. you don't have to tendang-tendang lagi lah whenever you nak bukak lemari. 



And, when you feel uncomfortable by looking at too much notes dalam kotak dua ringgit sembilan posen ni on your table, you can make it terbalik. Hence, you are unable dah nak tengok dalam kotak yang too messy. Gitchu lah kan.



And when Allah lend me these people, I'm so so so thankful. I'm glad to tell you when I left Kuala Lumpur on 20th February, I don't cry at all. But one day I suddenly woke up late in the evening.

I make a phone call to my mum. I said, I dreamed on her. She asked me about my dream. Yeah, I dream on my mum asking for curry puffs. Then I started to cry.. Damn. I thought I'll never cry anymore 'cause it's almost a year in bumi kenyalang.



And, when your room is quite berbau because of I don't even know where they come, you can buy lah seketul Ambi Pur which my sister bought for me on 1st september 2012 yuols.

 Of course lah we want to jimat, since money is just like air kat tasik unimas kan, or else nak jimat lagi, pasni kunyah kertas. Save duit makan. So that you can use the pewangi everyday. I only use it when I left the room. Apart from that, you can claimed yourself as a good saver lah gitchuw. Haa, azwan ali sangatz kanz! 


Ah, it's so humiliating when you're playing with the language of bertempiaran. Let's write in a good way. 

Well.. I'm having such a very packed week so I'm trying to reward myself. Sounds like you've done something best enough but actually not. The boredom was overwhelming on the warm morning. Already washed dirt clothes, clean the toilets and bedroom. There's pretty much frustrated with new housemates. 

They don't like to mix with us. Never clean the house. And love to throw away the pad covers around the toilets. So much so, that it was turning into resentment. Could you imagine that? I'm the one who are excited to clean your pad covers dear housemates. So excited. -__-

I glued this on the toilet's door. Hoping that they will more concern after this.



Anyways, I end up my weekend by reading this invigorating novel. It's engaging me in truth. 




"You can live your whole life not realising that what you're looking for is right in front of you." 

"Engko asyik nak kejar orang lain je. Tak nampak ke aku kat depan mata ni?"

Kata aku kepada Sheong. 

Bunyi cengkerik menyelubungi alam

Selamat malam





Ok lah, cerita dia esaimens ni tak kan siap sendiri. Lecturer ARW aku memang garang. Aku sampai rasa nak ngaji koran dalam kelas mintak dilindungi dari kena jawab soklan. Peh


Wednesday, February 27, 2013

Kandas


Aku nampak Adam. Berlari memeluk Imaan. Sementara aku menggendong Qaseh dari belakang. Aku dan Qaseh mengejar Adam dan Imaan dari belakang. Menuju ke arah Zara yang sedang cuba memanjat kuda Merry-go-round sedangkan dia masih bayi. Aku jerit nama Adam. Adam pusing ke belakang. Lantas pelukannya terhadap Imaan terlepas. Imaan jatuh ke lantai sebuah Mall yang aku sendiri tak pasti kat mana. Aku nangis tengok Imaan jatuh tergolek. Begitu juga Qaseh. Zara? Masih gigih berusaha memanjat kuda Merry-go-round. Adam terdiam. Tiba-tiba.. Satu bunyi dentuman yang amat kuat kedengaran.

"Dum! Dum! Dum! Dum! Dum!"
Aku memandang sekeliling.

"Dum! Dum! Dum! Dum! Tolong! Bukak pintu! Terkunci!!"
Aku terbangun. Ah syaitan. Mimpi rupanya. Aku selak langsir. Gelap. Kota Samarahan lebat menangis. Tidak sedikit pun aku tersedar.

"Dum! Dum! Dum! Tolongggg! Ada sesiapa kat luar takkkk!"
Gila terkejut. Rasa macam mimpi dah habis tadi. Aku bangun dari katil dan bukak pintu. Ya, tandas sebelah pintu berbunyi.

"Tolonggggg! Pintu stuckkkk! Nak keluarrrrrrr!"
Ini bukan jin. Ini osmet aku. Hari ni aku jadi penyelamat. Pintu tandas stuck tak boleh bukak secara tiba-tiba. Kalau aku terajang pintu ni, nescaya kaki aku yang patah. Kalau nak buat macam scene cerita hindustan pun okay jugak. Ambik step belakang sikit, ok pasang lagu, ok lari, dan... lompat badan ke pintu serta feeling-feeling pintu pecah maka boleh peluk orang yang diselamat.

Ah. Imaginasi semua ini.

Aku baik hati. Walaupun aku tak kenal osmet baru aku ni, sebab awal-awal dulu aku syak dia ni bisu sebab dia tak penah nak tegur orang dalam rumah ni, tapi aku baik. Walaupun dia sesuka hati je ambik semua bantal yang memang ada kat living hall tu bawak masuk bilik dia yang kitorang semua pun tak tahu apakah motif beliau, tapi.. aku baik, aku baik.







Maka, aku ke pejabat dan ambik kunci -___-
 

 

Sunday, February 17, 2013

Cuti saya


Tuliskan sebuah karangan pendek mengenai cuti anda. 80 patah perkataan sahaja.

Ini bukan cerita tentang saya pergi bercuti ke Sydney, Paris, Eropah atau Angkasa lepas. Ini cerita suka hati gua lah nak cerita apa.

Saya sangat letih. Namun begitu, ingin saya beritahu bahawasanya cuti saya tinggal 2 hari. Sehari tido dengan mak, sehari lagi tido dengan anak.

Kadang-kadang bila tak tahu nak buat apa dirumah, saya jadi bodoh. Tapi disebabkan kebodohan ini tidak dibela, maka cuti saya sangatlah bermakna.


Pertama, saya telah mematahkan kedua-dua senduk mak saya tanpa motif yang kukuh. Tetibe terpatah tatkala saya switch on kipas kaki. Saya jadi buntu. Lantas kakak saya bersuara, 

"Mula dahhhh hang ni kalo balik dok perabih reta makkkk"

Itu memang perangai saya. Kalau pecahkan pinggan, mangkuk, cawan, serah sahaja ke saya. Saya pakar dalam bidang itu.




Kedua, saya telah membakor tudung sekolah anak saya. Anak buah. Sedang saya sibuk menggosok tudungnya pada pukul 7 pagi, dia datang menghampiri saya dan bersembang. Maka kerana terlalu asyik bersembang, tudung ini terbakor.

Berhubung kes kebakaran tudung itu yang berpunca daripada leka menyembang, saya telah menggunting tudung anak buah saya ini yang dikenali sebagai Qaseh sehingga menjadi bentuk spende. Sian ko nak.. dapat mak buah bangang.

Ketiga, saya telah memecahkan penutup belakang toilet bowl yang aku sendiri tak tau apa nama dia masa kat hotel. Aku masuk je tandas, penutup tu jatuh dan pecah. Tobat lahom tak nak masuk tandas hotel dah. Natangnye lah..


Monday, January 28, 2013

Innuendo


Gua tak penah naik motor dengan lelaki. Sebab adik beradik gua semuanya perempuan. Tapi gua penah lah naik motor dengan pakwe sejak lahir gua. Cuma yang gua stress kalau naik moto dengan pakwe sejak lahir gua ni adelah dia makan space banyak. So bontot gua pun macam malu-malu je nak duduk atas motor tu.

Haritu gua teman pakwe sejak lahir gua ni pergi pasar beli barang. Disebabkan gua ni memang dari dulu merupakan pengekor setia pakwe gua ni, gua pun teman lah. Alah, toksah puji, gua tau perbuatan gua ini romantik.

Macam biasalah.. pakwe gua yang ni kalau bawak kereta macam nyawa penumpang kereta tu ada semilan. Memang gua mewarisi perangai pakwe sejak lahir gua ni. Adelah sorang mamat ni potong kereta pakwe sejak lahir gua macam kilat. Peh, awek dia kemain tonggek atas motor tu. Satu benda je lah gua nak tanya eh kat orang-orang yang naik motor tonggek-tonggek ni, apa tak sakit ke pinggang lu pose cemtu atas moto? Gua tengok pun rasa macam pinggang gua pulak yang nak cabut.

Ok lah. Gua bukan nak cakap pasal orang tonggek sebenornya. Gua nak cerita pasal pakwe sejak lahir gua ni. Lu jangan main-main, gua dalam mood garang ni.

Gua kalau naik kereta dengan pakwe gua ni, benda pertama yang dia akan tanya adelah, "kalau dia mati nanti, apa gua nak buat?" Gua selalu mention soalan ni kalau cerita pasal pakwe sejak lahir gua.

Soklan macam ni gua dah lali dah. Memang dari gua kecik-kecik sampai besor macam gajah pun pakwe sejak lahir ni suka tanya soklan begini. Kalo soklan cemni keluar dalam exam, gua yakin, gua dapat markah penuh.

Tapi masa dulu gua jawab, gua akan cari orang mintak tolong, telefon bomba, telefon ambulans, telefon lah sesiapa sahaja yang gua hafal nombor dia. Tapi haritu pakwe sejak lahir gua tanya, gua tak jawab macam biasa gua jawab. Gua selamba je jawab,

 "kalo mati, apa boleh buat. Kita redhoooo jerrr.." 



Pakwe sejak lahir pun pandang gua.

Gua pun pandang pakwe sejak lahir gua.

Sentap terus pakwe sejak lahir gua ni.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Ok lah, ok lah. Sayang pakwe sejak lahir ini. Kekeke.




Sunday, January 6, 2013

Makhluk Magik


Dah 2013 rupanya. Permulaan tahun baru aku sangat lah tak best. Petang ni kepala aku macam dah ok sikit memandangkan dari semalam bertampal dengan koyok. Boleh tahan lah jugak sedihnya selepas pertama kali duduk jauh ini baru nak demam. First week elok je. Second week pun rilek je.

Tiba-tiba, hati gua yang kecik dan halus ini terbayang muka mak. Sentap kejap. Bangun pagi pukul 9.30am dah call mak. Nak mengadu kat kawan, kawan pulak jauh blok dia. Nak mengadu kat rumet yang best sangat ni, karang dia paksa aku dengor kisah rindu dendam dia pulak kat Mak dia.. Nak mengadu kat bakal imam masa hadapan, takde lah pulak. Mengadu je lah kat cermin ye dak?

Tapi benda pertama yang gua bayang saat call Mak ialah ikan bakar. Teruknya. Tapi nak buat macam mana, gua memang rindu mak. Tapi Ikan Bakar pulak yang muncul kat otak gua ni.

Semalam gua ada baca satu artikel ni. Memandangkan gua suka membaca dan kadang-kadang kebosanan gua yang melampau ni membuatkan gua mampu khatam satu buku dekat Goodreads dalam 3 hari. Power tak power lah. Nak tengok tibi, tibi nan hado. Nak dengor radio, kosser lah talipon serba canggih ni dah tak canggih. Ikut hati nak aje gua buat rumah ni macam rumah gua kat Perak. Agak-agak bosan sangat, ambik botol bedak, pastu melalak. Okay jugak.

Ok, balik pada artikel ni. Makhluk Magik: Perempuan.

Perempuan memang makhluk paling magik. Lagi-lagi golongan mak-mak. Biasanya, mak ni ada naluri yang tepat. Mak dengan makwe ni beza ye. Makwe naluri dia tepat time pakwe kena sailang je. Cuba lah tipu mak, esok lusa mesti mak sendiri yang tau. Toksah kabor, dia boleh tau. Pernah tak terfikir nak makan apa petang ni tetibe mak lu dah masak dah apa yang lu teringin tu? Pernah tak tetibe lu ada masalah tetibe mak lu dah tanya dah jangan dipikir sangat masalah lu tu? Padahal lu tak bagitau pun.

Macam tadi, tetibe je Mak aku cakap "Sakit perut lagi ke?"

Padahal takde siapa pun tau aku sakit perut malam tadi. Tak pulak aku kabor ke Fesbuk mahupun Twitter. Kebarangkalian Mak aku ada akaun Twidddderr dan dia follow aku senyap-senyap tu adalah 0%.

Magik kan Mak ni?

Disebabkan kemagikan soklan Mak aku pagi tadi membuatkan aku teringat pada artikel magiknya perempuan yang aku baca ni.

Magik-magik perempuan pun, perempuan lah paling susah difahami.  Memahami perempuan ialah antara benda yang susah di dunia. Kalau wujud subjek memahami wanita gua yakin 70% golongan lelaki akan kantoi. Punyalah susah nak paham perempuan ni sampai kadang-kadang gua sendiri pun tak paham dengan perempuan yang sebenarnya dia ni yang pesen macam mana. Ayat pun dah macam padaiyappa dah.

Bila lelaki sebut "ya" lelaki tu memang akan maksudkan "ya".Tapi bila perempuan beri jawapan "ya", dia boleh jadi macam-macam benda. Bila perempuan cakap setuju tak semestinya dia setuju. Bila dia cakap OK tak semestinya dia OK. Bila dia marah tak semestinya dia sayang. Bila dia menangis tak semestinya dia gembira. Bila dia menghalang mungkin sebenornya dia menggalakan. Bila dia berlebihan mungkin dia tidak suka. Bila dia ketawa tak semestinya dia sihat. Tapi ada juga yang bila dia sihat dia kabor dia tak sihat.

Aku ada 5 orang perempuan yang aku kena fahami kat rumah tu. Tapi sorang-sorang aku paham pasal aku kat rumah suka jadi pemerhati. Perati sambil makan maggi sensorang kat dapur. Tak nak kasi sesiapa mintak. Bila dia tak kasi tak semestinya dia memang tak nak kasi.

Selamat hari wanita Mak! Selamat hari wanita Angah! Selamat hari wanita Ayang! Selamat hari wanita Andak! Selamat hari wanita Achik! Selamat hari wanita Ude! Amboi, susahnya kakak banyok ni. Entah bila hari wanitanya entah. Ah sukati lah