Total Pageviews

Monday, January 28, 2013

Innuendo


Gua tak penah naik motor dengan lelaki. Sebab adik beradik gua semuanya perempuan. Tapi gua penah lah naik motor dengan pakwe sejak lahir gua. Cuma yang gua stress kalau naik moto dengan pakwe sejak lahir gua ni adelah dia makan space banyak. So bontot gua pun macam malu-malu je nak duduk atas motor tu.

Haritu gua teman pakwe sejak lahir gua ni pergi pasar beli barang. Disebabkan gua ni memang dari dulu merupakan pengekor setia pakwe gua ni, gua pun teman lah. Alah, toksah puji, gua tau perbuatan gua ini romantik.

Macam biasalah.. pakwe gua yang ni kalau bawak kereta macam nyawa penumpang kereta tu ada semilan. Memang gua mewarisi perangai pakwe sejak lahir gua ni. Adelah sorang mamat ni potong kereta pakwe sejak lahir gua macam kilat. Peh, awek dia kemain tonggek atas motor tu. Satu benda je lah gua nak tanya eh kat orang-orang yang naik motor tonggek-tonggek ni, apa tak sakit ke pinggang lu pose cemtu atas moto? Gua tengok pun rasa macam pinggang gua pulak yang nak cabut.

Ok lah. Gua bukan nak cakap pasal orang tonggek sebenornya. Gua nak cerita pasal pakwe sejak lahir gua ni. Lu jangan main-main, gua dalam mood garang ni.

Gua kalau naik kereta dengan pakwe gua ni, benda pertama yang dia akan tanya adelah, "kalau dia mati nanti, apa gua nak buat?" Gua selalu mention soalan ni kalau cerita pasal pakwe sejak lahir gua.

Soklan macam ni gua dah lali dah. Memang dari gua kecik-kecik sampai besor macam gajah pun pakwe sejak lahir ni suka tanya soklan begini. Kalo soklan cemni keluar dalam exam, gua yakin, gua dapat markah penuh.

Tapi masa dulu gua jawab, gua akan cari orang mintak tolong, telefon bomba, telefon ambulans, telefon lah sesiapa sahaja yang gua hafal nombor dia. Tapi haritu pakwe sejak lahir gua tanya, gua tak jawab macam biasa gua jawab. Gua selamba je jawab,

 "kalo mati, apa boleh buat. Kita redhoooo jerrr.." 



Pakwe sejak lahir pun pandang gua.

Gua pun pandang pakwe sejak lahir gua.

Sentap terus pakwe sejak lahir gua ni.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Ok lah, ok lah. Sayang pakwe sejak lahir ini. Kekeke.




Sunday, January 6, 2013

Makhluk Magik


Dah 2013 rupanya. Permulaan tahun baru aku sangat lah tak best. Petang ni kepala aku macam dah ok sikit memandangkan dari semalam bertampal dengan koyok. Boleh tahan lah jugak sedihnya selepas pertama kali duduk jauh ini baru nak demam. First week elok je. Second week pun rilek je.

Tiba-tiba, hati gua yang kecik dan halus ini terbayang muka mak. Sentap kejap. Bangun pagi pukul 9.30am dah call mak. Nak mengadu kat kawan, kawan pulak jauh blok dia. Nak mengadu kat rumet yang best sangat ni, karang dia paksa aku dengor kisah rindu dendam dia pulak kat Mak dia.. Nak mengadu kat bakal imam masa hadapan, takde lah pulak. Mengadu je lah kat cermin ye dak?

Tapi benda pertama yang gua bayang saat call Mak ialah ikan bakar. Teruknya. Tapi nak buat macam mana, gua memang rindu mak. Tapi Ikan Bakar pulak yang muncul kat otak gua ni.

Semalam gua ada baca satu artikel ni. Memandangkan gua suka membaca dan kadang-kadang kebosanan gua yang melampau ni membuatkan gua mampu khatam satu buku dekat Goodreads dalam 3 hari. Power tak power lah. Nak tengok tibi, tibi nan hado. Nak dengor radio, kosser lah talipon serba canggih ni dah tak canggih. Ikut hati nak aje gua buat rumah ni macam rumah gua kat Perak. Agak-agak bosan sangat, ambik botol bedak, pastu melalak. Okay jugak.

Ok, balik pada artikel ni. Makhluk Magik: Perempuan.

Perempuan memang makhluk paling magik. Lagi-lagi golongan mak-mak. Biasanya, mak ni ada naluri yang tepat. Mak dengan makwe ni beza ye. Makwe naluri dia tepat time pakwe kena sailang je. Cuba lah tipu mak, esok lusa mesti mak sendiri yang tau. Toksah kabor, dia boleh tau. Pernah tak terfikir nak makan apa petang ni tetibe mak lu dah masak dah apa yang lu teringin tu? Pernah tak tetibe lu ada masalah tetibe mak lu dah tanya dah jangan dipikir sangat masalah lu tu? Padahal lu tak bagitau pun.

Macam tadi, tetibe je Mak aku cakap "Sakit perut lagi ke?"

Padahal takde siapa pun tau aku sakit perut malam tadi. Tak pulak aku kabor ke Fesbuk mahupun Twitter. Kebarangkalian Mak aku ada akaun Twidddderr dan dia follow aku senyap-senyap tu adalah 0%.

Magik kan Mak ni?

Disebabkan kemagikan soklan Mak aku pagi tadi membuatkan aku teringat pada artikel magiknya perempuan yang aku baca ni.

Magik-magik perempuan pun, perempuan lah paling susah difahami.  Memahami perempuan ialah antara benda yang susah di dunia. Kalau wujud subjek memahami wanita gua yakin 70% golongan lelaki akan kantoi. Punyalah susah nak paham perempuan ni sampai kadang-kadang gua sendiri pun tak paham dengan perempuan yang sebenarnya dia ni yang pesen macam mana. Ayat pun dah macam padaiyappa dah.

Bila lelaki sebut "ya" lelaki tu memang akan maksudkan "ya".Tapi bila perempuan beri jawapan "ya", dia boleh jadi macam-macam benda. Bila perempuan cakap setuju tak semestinya dia setuju. Bila dia cakap OK tak semestinya dia OK. Bila dia marah tak semestinya dia sayang. Bila dia menangis tak semestinya dia gembira. Bila dia menghalang mungkin sebenornya dia menggalakan. Bila dia berlebihan mungkin dia tidak suka. Bila dia ketawa tak semestinya dia sihat. Tapi ada juga yang bila dia sihat dia kabor dia tak sihat.

Aku ada 5 orang perempuan yang aku kena fahami kat rumah tu. Tapi sorang-sorang aku paham pasal aku kat rumah suka jadi pemerhati. Perati sambil makan maggi sensorang kat dapur. Tak nak kasi sesiapa mintak. Bila dia tak kasi tak semestinya dia memang tak nak kasi.

Selamat hari wanita Mak! Selamat hari wanita Angah! Selamat hari wanita Ayang! Selamat hari wanita Andak! Selamat hari wanita Achik! Selamat hari wanita Ude! Amboi, susahnya kakak banyok ni. Entah bila hari wanitanya entah. Ah sukati lah