Total Pageviews

Sunday, February 17, 2013

Cuti saya


Tuliskan sebuah karangan pendek mengenai cuti anda. 80 patah perkataan sahaja.

Ini bukan cerita tentang saya pergi bercuti ke Sydney, Paris, Eropah atau Angkasa lepas. Ini cerita suka hati gua lah nak cerita apa.

Saya sangat letih. Namun begitu, ingin saya beritahu bahawasanya cuti saya tinggal 2 hari. Sehari tido dengan mak, sehari lagi tido dengan anak.

Kadang-kadang bila tak tahu nak buat apa dirumah, saya jadi bodoh. Tapi disebabkan kebodohan ini tidak dibela, maka cuti saya sangatlah bermakna.


Pertama, saya telah mematahkan kedua-dua senduk mak saya tanpa motif yang kukuh. Tetibe terpatah tatkala saya switch on kipas kaki. Saya jadi buntu. Lantas kakak saya bersuara, 

"Mula dahhhh hang ni kalo balik dok perabih reta makkkk"

Itu memang perangai saya. Kalau pecahkan pinggan, mangkuk, cawan, serah sahaja ke saya. Saya pakar dalam bidang itu.




Kedua, saya telah membakor tudung sekolah anak saya. Anak buah. Sedang saya sibuk menggosok tudungnya pada pukul 7 pagi, dia datang menghampiri saya dan bersembang. Maka kerana terlalu asyik bersembang, tudung ini terbakor.

Berhubung kes kebakaran tudung itu yang berpunca daripada leka menyembang, saya telah menggunting tudung anak buah saya ini yang dikenali sebagai Qaseh sehingga menjadi bentuk spende. Sian ko nak.. dapat mak buah bangang.

Ketiga, saya telah memecahkan penutup belakang toilet bowl yang aku sendiri tak tau apa nama dia masa kat hotel. Aku masuk je tandas, penutup tu jatuh dan pecah. Tobat lahom tak nak masuk tandas hotel dah. Natangnye lah..


2 comments:

cikyuyiyui92 said...

mendee laaa ko ni alel!
haha..
lawak2

MissShada said...

haha.. sumpah lawak. sian qaseh.. adeiyai