Total Pageviews

Wednesday, February 27, 2013

Kandas


Aku nampak Adam. Berlari memeluk Imaan. Sementara aku menggendong Qaseh dari belakang. Aku dan Qaseh mengejar Adam dan Imaan dari belakang. Menuju ke arah Zara yang sedang cuba memanjat kuda Merry-go-round sedangkan dia masih bayi. Aku jerit nama Adam. Adam pusing ke belakang. Lantas pelukannya terhadap Imaan terlepas. Imaan jatuh ke lantai sebuah Mall yang aku sendiri tak pasti kat mana. Aku nangis tengok Imaan jatuh tergolek. Begitu juga Qaseh. Zara? Masih gigih berusaha memanjat kuda Merry-go-round. Adam terdiam. Tiba-tiba.. Satu bunyi dentuman yang amat kuat kedengaran.

"Dum! Dum! Dum! Dum! Dum!"
Aku memandang sekeliling.

"Dum! Dum! Dum! Dum! Tolong! Bukak pintu! Terkunci!!"
Aku terbangun. Ah syaitan. Mimpi rupanya. Aku selak langsir. Gelap. Kota Samarahan lebat menangis. Tidak sedikit pun aku tersedar.

"Dum! Dum! Dum! Tolongggg! Ada sesiapa kat luar takkkk!"
Gila terkejut. Rasa macam mimpi dah habis tadi. Aku bangun dari katil dan bukak pintu. Ya, tandas sebelah pintu berbunyi.

"Tolonggggg! Pintu stuckkkk! Nak keluarrrrrrr!"
Ini bukan jin. Ini osmet aku. Hari ni aku jadi penyelamat. Pintu tandas stuck tak boleh bukak secara tiba-tiba. Kalau aku terajang pintu ni, nescaya kaki aku yang patah. Kalau nak buat macam scene cerita hindustan pun okay jugak. Ambik step belakang sikit, ok pasang lagu, ok lari, dan... lompat badan ke pintu serta feeling-feeling pintu pecah maka boleh peluk orang yang diselamat.

Ah. Imaginasi semua ini.

Aku baik hati. Walaupun aku tak kenal osmet baru aku ni, sebab awal-awal dulu aku syak dia ni bisu sebab dia tak penah nak tegur orang dalam rumah ni, tapi aku baik. Walaupun dia sesuka hati je ambik semua bantal yang memang ada kat living hall tu bawak masuk bilik dia yang kitorang semua pun tak tahu apakah motif beliau, tapi.. aku baik, aku baik.







Maka, aku ke pejabat dan ambik kunci -___-