Total Pageviews

Sunday, December 1, 2013

Salam


Pukul 4.35 pagi.

Bunyi notifikasi Whatsapp masuk.

B: Beb, Salam eksiden. Aku baru tau tadi. 

Aku: Ok. 

B: Kimak balas OK je? 

Aku: Yela. Aku tengah tido ni. 

B: Okayyyy foineeeee.

Salam takde waksap. Entah mende mende entah budak itu masih lagi di bawah pucuk pimpinan sama yeitu; talipon torchlight.

Mudah, ringkas dan jimat katanya...

Aku pandang talipon Digi: *Balance is insufficient*

Aku pandang talipon Maxis: *Balance RM19.75*

Cantik. Kita pakai talipon Maxis.

Namun akan tetapi, talipon Maxis macam suwey sikit. Asal nak taip esemes, engko tekan satu huruf, dia akan keluar huruf yang sama tapi berkali-kali.

*Tekan 'K'* Automatik jadik 'KKKKKKKKK'

Magik bukan?

Bila nak send to recepient, dia automatik nama yang teratas sekali dia akan send. Tak payah tekan, dia akan send sendiri. Ini lah talipon zaman sekarang, canggih in advance! Engko ada? Takde kan? Dah, diam.

Mak aku cakap, usaha tu tangga kejayaan. Jadi, aku cuba nak lah nak pakai tangga. Aku berusaha untuk hantar esemes pada Salam. Tanda wujudnya aku sebagai saorang kawan.

Aku tulis dalam otak, "Salam, Arip bagitau kau eksiden. Teruk ke?" 

Tapi bila dizahirkan, dia jadi... "Ssssalammmmmmmm, Aaaa" automatik terus send. Dan automatik jugak send ke nama yang terakhir aku esemes yeitu, Hussien Salam.

Ya. Hussien Bin Salam. Groupmate yang paling hensem sekali. Tapi kerek nak meninggal.

Aku cuba untuk esemes Hussien Salam, "Sorry, salah send."

Tapi bila dizahirkan, dia jadi..."Sssssssssssooor..."

Aku terus campak talipon langsung menjerit. Jeritan aku di setan-kan oleh makwe yang tido sebelah aku.

Takpe, aku cuba lagi. Tapi, kali ni aku nak hantar dekat Salam. Mana tau, lepas campak okay sikit.

Aku cuba nak esemes, "Salam, betul ke kau eksiden?"

Tapi bila dizahirkan, dia jadi.... "Sssssssssssaaalammmm ekkkekkkekk"

Dan automatik send to Hussien Salam. Recipient teratas sekali.


Ini haram jadah nama dia.



Masalahnya disini, Salam tu bapak Hussien. Dan, esemes tu dihantar automatically lebih dari 3 kali.



Sama ada Hussien kata aku nak mengorat dia.
Atau, aku mempermainkan nama bapak dia.
Atau, kedua-duanya sekali.






Aku rasa macam nak menyorok.
Sampai rasa nak menyorok dalam spenda Mira.




No comments: