Total Pageviews

Wednesday, October 15, 2014

Cabaran I Love You


Tahukah anda?

Ada orang yang kat dalam dunia ni susah nak bagitau dia sayang seseorang itu. Apatah lagi nak cakap I Love You.

Ada orang yang rasa perkataan I Love You ni berat. Susah nak ungkap. Macam kawan aku kabor lah, dia susah nak cakap I Love You kat seseorang itu yakni lelaki. Dan, dia mengkategorikan diri dia sebagai seorang yang susah nak jatuh cinta.

Tapi ex setakat ini dah ada 7.

Susah nak jatuh cinta wakluuuu.

Macam jugak orang yang mengaku dia susah nak cakap I Love You sebab ia melibatkan hati dan perasaan. Eh, memang lah!

Macam kau cakap I Love You kat Mak engko pun it is link to your love and affection. Tapi, towards your mader, that’s the difference.

Engko asal I Love You je engko menggeletis bijik pikirkan ia cinta kepada sesaorang ittew. Mat Saleh tu rilek je cakap I Love You tanda sayang sesama manusia. Okay je pun?

Sebenarnya orang kita memang gitu. Engko cakap I Love You tetibe kat kawan engko pun, eh mampos kena maki kan? Yelah, engko biasa mengeluarkan kata-kata makian terhadap kawan-kawan sekutu sebangsa engko, tetibe harini nak kabor I Love You.

Buang tebiat?

Baidewei, harini kawan aku sendiri cabar aku untuk menyahut cabaran abang sarabanon si faizdickie ni. Memula malas nak layan, tapi sebab kawan aku provoke, last-last aku pun hanyut dalam lautan I Love You dia ni.

Aku mention sesiap eh ini #CabaranILoveYouFaizDickie. #VillagePeople harus familiar with this, tapi orang yang tak familiar harus lemparkan binatang apakah ini. Kang ada orang ingat aku tengah buat confession pulek.

Beritahu orang yang anda sayang, dengan mengucapkan I Love You kepada mereka harini.

So, one two three go!
  
































The most awaited I Love You Too message goes to bapak gue. Aku selalu je cakap I Love You kat Mak aku. Tapi belum pernah lagi kabor ke Abah. Biasanya aku kabor aku sayang pun dalam mesej je, kalau kat depan, gaduh memanjang. Kahhh.




Hahaha I picked random people I’m close enough to.

Anyway, sorry for making some people (not all of them) worried. Yelah, tetibah engko cakap I Love You kejadah dia khen? Mungkin ada yang pikir adekah engkau tak hidup lama lagi dimuka bumi ini?

And, sorry for making some of them went misunderstanding. Tak. Ini bukan confession yang bersembunyi disebalik cabaran. Those guys are my friends. Kakaka.

Serious shit, I’m doing this for fun. Walaupun memang lah sayang pun sebenarnya. Hiks

Dan, ada juga beberapa yang tak response. Jilakeeeenyeee tak reply waksap aku. Hahaha

Dan juga, mintak ampun sebab aku pun tak reply waksap semorang ni lepas aku sebarkan rasa cintaku padamu. Dah penat type, type, type, type pada beberapa juta orang, last-last aku mengantuk. Terus selamat tenggelam dalam lautan api mimpi ngerimu.

Wah, banyak masa nampak? Thesis dah siap, thesis?


So guys, why don’t you say I Love You?  Challenge accepted! #CabaranILoveYouFaizDickie


Saturday, October 11, 2014

Perempuan Itu


Harini mood aku tersangatlah cerah dan berwarna-warni bak pelangi yang ada 7 kaler.

Walaupun, dah berapa hari berjanji untuk derived 20 questions dari pekeliling. Tapi haram. Ujung-ujung buat mende lagha jugak. 

Walaupun, berjanji harini nak siapkan assignment odc. Tapi haram. Memanjang kelaut. 

Walaupun, berjanji harini nak habiskan lambakan jurnal yang tak habis baca lagi. Tapi haram. Masuk page yang kedua je otak aku dah ada idea nak buat mende yang lebih menyeronokkan. Main Diablo contohnya. 

Last-last pertikaikan kenapa masa berlalu begitu pantas? Padahallll, kau dari kecik Cikgu Yaakub dah kabor Masa Itu Emas, kau je semedang-medang pi pajak masa kau. 

Masalahnya, aku cuba menghargai weekend aku dengan mende yang santai. Bergolek-golek atas katil. Sembang mende mengarut dengan geng sekutu sampai kengkadang mengarut tak tercapai dek akal. Pergi gym dan juga menghargai nikmat hidup dengan aktiviti yang menyeronokkan, atau pun paling-paling bertunas dengan kawan baik aku, yeitu otak. Otak aku sentiasa berguna dalam kondisi ianya tak perlu pun digunakan. Memandangkan, weekdays dah lah tak cukup ruang nak bernafas. 

Tapi..
FYP ENGKO TAK SIAP LAGI NATANGGG! 

Bergema seluruh alam suara dari langit. 

Peh. Rindu betul zaman masa tahun 1. Weekend adelah waktu untuk rilek dan berseronok. Sekarang dah tahun akhir, weekend adelah neraka bagiku. 

Tapi entah. Sebab mood gembira memanjang start dari celik mata, hari ni aku kemas rumah dan mop sampai koridor luar rumah. Pakai softlan siapa entah dalam bilik air. Pedulik, asal boleh mop dan wangi. Nama nak membeli ajax fabuloso, memang kedekut.

By tengahari aku keluar pegi makan dengan kawan aku.

Di tengah panas yang berdenting ini, kelihatan awan di langit Borneo tersangat lah cantik. Aku selalu observed mende dari semester 1. Tak tau lah kalau mata aku je yang tengok cantik kan. Sebab ada orang tengok semua awan sama je walaupun yang muncul hari ini adelah awan stratocumulus bukannya cirrocumulus.

Aku rasa Borneo awan dia selalunya low cloud. Cumulonimbus misalnya. Macam gula gula kapas. Ke aku je yang rasa? Ke engko tak rasa apa yang aku rasa? Kalo tak rasa takde jodoh lah tu. *tetiba*

Ok. Ia mengingatkan aku ketika exam zaman sekolah. Soklan awan yang aku harapkan keluar, tapi soklan geseran jugak sibuk nak keluar. Nasib la bijak. kalau tak mesti nangis bawah shower habis exam tu. Kahhh. 

Ketika aku sedang queue dan memilih lauk yang takde-pilihan-tapi-kena-lah-bersukur-ada-jugak-makanan, kawan aku ni potong queue aku sambil tersengih-sengih.

Lantas aku bersuara,

“Motif kau potong barisan?”

“Alaaa..” jawab kawan aku penuh ngengade sambil ketawa dan diperhatikan oleh abang jual lauk tersebut.

“Eh tolong sikit eh, kawan saya ni memang dah datang awal dari saya eh. Lain kali kalau nak bercakap tu tanya dulu, jangan pepandai pakai sound je orang.”

Tetibah.

Cengkerik yang sepatutnya memainkan peranan untuk berbunyi pun tak jadik berbunyi.

Kelihatan seorang perempuan bertudung labuh kaler pink yang sedang sibuk cedok lauk menjeling kat aku.

Ewah ewah. Dah lah tetibe masuk line dalam cerita aku, pastu nak menjeling pulak.

“Awak, saya cakap dengan kawan saya tau....” Sampuk aku yang baru perasan dia tengah marah kat aku.

“Eh yeke?? Hihihi ingatkan awak cakap dengan saya tadi!”

Motif aku nak cakap dengan kau?

Kau ingat kau best?

"Sorry ya salah faham tadi.. Hehehe"

Mkay. Awak ni pandai buat jenaka tau. Saya dah lah mudah terhibur. 


Saturday, September 13, 2014

20 Facts that You Don't Need to Know Pun

Aku ingatkan main tagged-tagged facts ni dah berakhir dekat stegrem je, rupanya sampai ke blog aku kena tagged, which is bulan lepas tapi baru bukak hari ni. Maka sebab takde life sangat sejak dua tiga hari ni (dibaca: sebelum sentuh fyp) , so here I go..


 20 Facts About an Alel (Like everyone care uols)

1.       Family comes early. Family comes first. Family is my priority.

2.       I have no doubt in loving my mom and sisters more than I love myself.

3.       I love my four kiddo. I take care of them since they were born.

4.       I love cooking but don’t expect I can cook better than you because cooking is my hobby, tak sedap belakang rumah punya cerita.

5.       Arithmaticphobia.  It took only 30 minutes to answer addmaths paper during SPM. Kah kah. 

6.       I don’t deal with stupidity.

7.       Masa kecik I don’t play Barbie, masak-masak thingy, kahwin-kahwin thingy, but I played control car. Tu pun sebab pekse nombor satu kalau tak jangan harap nak dapat control car.

8.       I don’t wear skirts when I was young. Ada satu je skirt kaler biru checker, tu pun sepupu (Mira, adik beradik sesusu) kutuk buruk. I wore shorts and baju The Rock or any other superhero exist in this world; Superman, Batman, Spiderman, and Tasmania. Rasa hebatz gilerz engko...

9.       I was the best debater for three consecutive years when I was in secondary school. So do not underestimate my intelligence.  ;p

10.   Dulu nangis-nangis nak ambik TESL tapi Allah knows best. He will never makes mistakes. 

11.   Ambivert. – Someone who isn’t extrovert or introvert. She can be the talkative most of her time and she can be introvert suddenly.

12.   When I was young, I’ve been bullied by my sisters. They tied me with a rope because back then I was my dad crony.  Kaki mengadu.


13.   I listen to Tears by Leessang every time in the flight. Takde kektan, it just that rhythm dia sync dengan motion. Tak paham la tu kan? Kessah. 

14.   I count how many songs played to get reached to a destination.

15.   I used to shop alone, driving alone, working alone but I don’t fancy of being lonely.

16.   People who can make me cry, who can soften my heart ---- mother.

17.  I don’t like my past.  I love myself.

18.   Things that easily annoyed me;  a) Stupid GPS   b) You

19.   I am no longer tweeting. Dah habis dah zaman jadik sejenis tahi twitter.

20.   I have no favourite color. 

21.   It took one hour to fall asleep. Usually, sampai talipon jatuh atas muka baru boleh tido. 

22.   Gangsterz since forever.  Because kat rumah takde adik beradik lelaki, and back then I was my dad’s best friend so don’t expect la Abah nak treat macam peremps. Semua orang wajib belajar tukar tayar kereta, jadik carpenter, sembelih kambing (time kenduri), masuk hutan cari buluh lemang, foreman, painter as well masyaauloh my dad >.<

23.   I love driving. Being a passenger will drive me to dizziness. Village people la you know

24.   I love Borneo, my second home.

25.   I used to wrestle with friends when I've reached the level of boredom. My favorite superhero kononnya The Rock. Dulu la minat The Rock, sekarang hmph pelis la jenab

26.   I've been selected for international conference regarding on my fyp proposal. Alhamdullilah, yay!
II
27.   Low neuroticism. I can control my emotions towards any difficult things so far, but when it comes into my family, I'll be the most rapuh person. 

28.   Long name is a big no-no for my future kids, leulz.

29.   Only fools will describe himself. -- I'm one of them today. Pergi mamps. 

30.   Kenapa ada 30 Facts? Bukan 20 ke?








Sunday, May 18, 2014

Malaikat maut



Aku leka main swamp attack dekat talipon sambil tunggu Maghrib masuk. 

6.40 petang. Hari semakin gelap. Lampu jalan terang benderang. Langit syahdu sama macam hati sesetengah manusia yang mungkin pada ketika ini dikecewakan, dikhianat, atau dipatahkan. 

Angin menyusuri suasana yang suram itu. Diikuti bunyi guruh. Aku memandang tirai di jendela. 

Angin mendayu berbunyi. Langsir turut sama menari. Sama seperti babak filem seram director ketandusan idea, Ahmad Idham. Semakin aku leka menembak buaya dan zombie semakin aku melengahkan maghribku. 

Teringat sebuah kisah seorang student. Yang terlalu sibuk dengan kelas. Terlalu sibuk dengan assignment. Waktu makan entah kemana. Waktu riadah jauh sekali. Waktu solat terkadang sompek. 

Waktu yang ada, online semata. 

Saat tak sempat menunaikan solat, malaikat maut datang menjemput. Tanpa sedikit kompromi. 

Who knows He keeps watching you, who knows he's choosing for the right time.

Terus aku bangun dari birai katil dan membentang kembali sejadah lalu membetulkan telekung yang dari tadi belum aku tanggalkan. 

Dibuatnya malaikat maut ketuk pintu bilik ni kang, tak sempat aku nak mengucap. Paling teruk, mati dalam keadaan lagha. Bisik hati kecilku. 

"Dik..."

Suara sayu menyapa. 

Aku menoleh ke arah tingkap. Tiada siapa.

"Dik...." Lagi sekali ia berbunyi. Tapi kali ini lebih sayu. 

Aku tergamam. Lantas menarik hujung telekung aku keatas. Aku pandang cermin atas meja study. Kelihatan seorang tua berpakaian putih dari atas ke bawah. 

Kalau Tuhan nak jemput aku menghadap Dia, bagi lah aku jumpa Mak dulu. Tak dapat jumpa keluarga, jumpa Mak seorang pun jadilah.. 

"Dik...." 

Daifnya rupa dia. Aku masih melihat cermin sebelum sempat menoleh. 

"Dik.." Kali ni suaranya lebih garau dan kasar. 

Aku menoleh ke arah tingkap. Angin berserta guruh turut sama menyaksikan situasi itu. 

Meremang bulu roma aku. Sebiji kepala ditingkap bersama peluhan bertitik-titik diatas hidung dan mulut. 

Rasa nak gugur jantung. Berpeluh. Aku bernafas separuh mati sama seperti dia. 

"Dik.. Nak beli nasi ayam..? Penat akak naik tangga sampai tingkat dua ni ketuk rumah orang. Takde siapa nak beli."

Entah apa yang akak ni pikir sampai dia terpikir nak letak kepala dia sebijik atas tingkap aku. 

Takde apa yang mampu aku buat pada ketika itu melainkan memaki secara konsisten dalam hati. 









Friday, April 4, 2014

Budak Ganu


"Alel bukak pintu jap."

"Password please.."


"Bukak lah cepat.."

"Invalid password."

"Bukak lah setan."

"Invalid password."

"Bukak lah lahanet."

"Invalid password.."

"KIMAK!

"Password accepted!"

Satu malam tak boleh tidur. Semalam aku makan cucur ikan bilis keras kedaung jadi aku menerima padah iaitu besi atas kiri dan kanan putus. Double pain. Pagi aku dikejutkan dengan bunyi Mimi menjerit sebab dia bangun lambat pukul 8.15 pagi padahal flight dia pukul 9.40 pagi. Tersedar akan jeritan Mimi (osmet) aku pun lantas bangun dan keluar bilik.

"Mimi lambat bangun!" Sambil gosok tudung di ruang tamu.

"Laa.. flight pukul berapa?"

"9.40. Takpe takpe, sempat ni."

Aku tengok jam. 8.30 pagi. Kalau mengikut logiknya pengiraan masa, harapan Mimi untuk sampai on time adalah tipis memandangkan Mimi memang ada masalah bersiap lama, mandi lama dan segala-galanya lama.

"Dah lambat ni! Dah check-in belum?"

"Belum lagi!"

"Laaaa.. Meh sini itinerary. Lel check in kan." 

"Ada printer ke?"

"Ada"

"Masalahnya..."

"Apa masalahnya?"

"Masalahnya... Check in kat web nanti ticket tak lawa. Buruk!"

"Apa masalah negara sangat kah ticket buruk? Engko nak balik ke tak!"

Mimi meninggalkan rumah tepat jam 9.05 pagi. Perjalanan ke airport lebih kurang 15 minit kalau kelajuan yang dipandu luar biasa dan tak jammed. Maklum lah... weekend pagi memang jammed. Approximate time Mimi akan sampai pada pukul 9.25 pagi di Kuching International Airport. Dan dia masih mempunyai baki sebanyak 15 minit untuk pergi counter check-in, drop luggage dan masuk gate. Sebenarnya ini memang impossible sangat ni. Tapi takpelah, mana tahu pagi ini staff MAS boleh tolerate ke kan, boleh jadik reversal.

"Alel!"

"Ye? Mende?"

"Mimi tertinggal luggage!"

Maka, berlari lah ia masuk menaiki tangga kembali dan mencapai bagasinya yang besar gabak itu.

Good luck, Mimi. Jangan lupa waksap sekeping selfie di airport kalau anda tak berjaya pulang Ganu pagi ini.

Rumah aku dah kosong. Punya lah bosan sikit pagi ni, aku pun kemas rumah, cuci bilik air, cuci jamban dan mop lantai rumah. Home now is  mine!


"Mana datangnya kekuatan kita untuk tinggal seorang di rumah ni waktu cuti ni kan Alel?" - Hasniza Razak, 2014.

"Kekuatannya assignment yang nak kena submit tu." 

"Bab balik rumah orang yang paling aku tak percaya sekali Alel. Balik Kuching paling lambat pun dia. Win." - Aireen Azraai, 2014.

"Sik caya kamek kitak sikmok balit. Berani kah tido? Kelak Kak Limah datang haaa siktauk!" - Nadia, 2014


Aku dah buat pakatan dengan Kak Limah. Nanti kita main Bingo.




Friday, March 14, 2014

He said, Somalia


Hari Khamis last week aku balik. Balik Perak ye anak-anak. Tapi Mak Abah dan kakak aku tak tau pun aku balik. Alang-alang balik emergency kan, acah-acah lah nak surprise.

Jadi, aku balik Kuching balik Isnin malam. Flight aku sepatutnya pukul 10.15 pm. Tapi disebabkan cabin crew lambat sampai dari Singapore, flight terpaksa lah delay pukul 11.20 pm. Rabaknya mata Tuhan je yang tau.

Sesedang aku scroll timeline sambil memerhatikan reporter dekat KLIA, tetibe ada seorang lelaki tegur.

Man: Are you from Malaysia?

Sebenarnya terkejut jugak tetibe ada suara sayu-sayu je kedengaran ni. Aku pun toleh ke kiri.

"Em, yes."

Man: What happened to your plane? Where did it go?

"I don't know. There's no clues."

Man: How can a big plane went missing? What's your thoughts?

"I have no idea. Maybe crashed. Or maybe hijacked."

Man: So, you're going to Abu Dhabi?

"Oh nope. I'm heading to Kuching."

Man: Where's Kuching?

"It's in the state of Sarawak. It's about 975km away from here." (Kalau tak sebab selalu dengar captain bagitau berapa jarak dia, aku pun tak pernah nak ambik tahu berapa KM KL ke Kuching)

Man: Wah, it's far away. Is it in Kalimantan? In Indonesia?

"Yeap near Kalimantan, but still in Malaysia. Where are you come from?"

Man: I'm from Canada... in Toronto. I just came back from Jakarta. So, you mean Sarawak is in Malaysia? But why it's so far?"

"Because it's separated with South China Sea."

Man: Oh, I seeeee...

Aku malas sebenarnya nak bersembang sebab dia ni cakap slow sangat. Sikit-sikit karang, "Em, sorry?" sikit-sikit karang, "Em, pardon?". Karang kalau aku tak jawab soklan dia, mesti dia dah boleh geng dengan Dora The Explorer, asal tanya je takde siapa jawab.

Jadi, aku letak lah earpod acah-acah dengor lagu.

Tetibe, dia tanya lagi.

Man: You're Malaysian, aite?

"Yeah."

Man: But why Malaysians there're different people?

"Different people? What do you mean?"

Man: I mean, there's white.. some people are..

"Oh, the skin? Of course, normally Malays are tanned. But some of us are much way fairer."

Man: So.. What is your religion?

"Oh, Islam."

Man: So, you're from Somalia?






Krik krik krik.


Otak lagging kejap ......




Adekah awak sebenarnya seketul kuih bahulu? Somalia people? Effing serious? 

Down betul aku. 



Tuesday, February 11, 2014

Eff The Truth


I was with my friends last Sunday evening. It's been a year we haven't met and it takes forever to have a meet up. We've talked too much topics, since been ages we don't have that feeling. Well.. They were my old best friends. Still, the good rapport is there.

One of the topics, engaging us a lot.

My friend is getting married. Typical coffee chat, kebanyakan kawan aku semua nak kahwin awal. Tak tahu lah mende aku seorang je gaknye yang takde pulak perasaan nak kahwin awal. Yeap, even I was in a relationship before but I never plan to get married early. Or I'm just a weird? Should you count me in?

Whatever it is.. it's up to you lah then. The good thing is always be the good things kan, congrats. :)

Time flies so fast. It's like yesterday I just stepped into the world. It's like yesterday I just hear mother called me, - a baby. And now I just realized, people changes. Even a lot. But to be truth, memories don't. Memories remain forever. No matter how hard you're trying to erase, but they still cross on your mind.

I can't speak, I can't write, I can't sing to express my feelings. I've been hitting delete so many times already I'm beginning to think this isn't gonna help after all. I write, and I delete. I write it again.. And I deleted them all. What the fcuk.

My heart isn't broken, no. More like it's on the verge of something I've yet to unveil, yet to really know for sure. If my feelings could be animated within things, it would be like a time bomb gone haywire. It's going back and forth, pumping loud and hard and suddenly hiding away in a corner 2 seconds later. But I'm more like to slap those douche bag around me. Especially YOU. Yes, you.

The funniest thing is I'm not even sure if it would blow up in the end or simply reduce to a cold, silent idleness. I heart does hurt, if that's worth mentioning. You know how it feels when it hurts so bad that you could feel a stinging tension in your neck, like a scream is begging to be let out but is denied. At the end, what am I going to do? Cry for couple of days so that I can get things off my chest? Nope. I got no feeling. Because sometimes I hit the clueless button.

And tears, they're almost there, just almost. You can't cry because you aren't really sure about what to feel despite the pain. So you have on this really ugly, confused expression; trying hard not to blink at the same time because those tears aren't supposed to be contained in the first place.

The truth always hurts. Maybe that's not too correct, but it sure is close. What the heck was I thinking?

I'm not even sure about what to do or think or whatever. I guess I passed judgment way too early.

 Actually, An Alel is having a phase so called move on phase. Screw you Alel and what...so...ever