Total Pageviews

Friday, April 4, 2014

Budak Ganu


"Alel bukak pintu jap."

"Password please.."


"Bukak lah cepat.."

"Invalid password."

"Bukak lah setan."

"Invalid password."

"Bukak lah lahanet."

"Invalid password.."

"KIMAK!

"Password accepted!"

Satu malam tak boleh tidur. Semalam aku makan cucur ikan bilis keras kedaung jadi aku menerima padah iaitu besi atas kiri dan kanan putus. Double pain. Pagi aku dikejutkan dengan bunyi Mimi menjerit sebab dia bangun lambat pukul 8.15 pagi padahal flight dia pukul 9.40 pagi. Tersedar akan jeritan Mimi (osmet) aku pun lantas bangun dan keluar bilik.

"Mimi lambat bangun!" Sambil gosok tudung di ruang tamu.

"Laa.. flight pukul berapa?"

"9.40. Takpe takpe, sempat ni."

Aku tengok jam. 8.30 pagi. Kalau mengikut logiknya pengiraan masa, harapan Mimi untuk sampai on time adalah tipis memandangkan Mimi memang ada masalah bersiap lama, mandi lama dan segala-galanya lama.

"Dah lambat ni! Dah check-in belum?"

"Belum lagi!"

"Laaaa.. Meh sini itinerary. Lel check in kan." 

"Ada printer ke?"

"Ada"

"Masalahnya..."

"Apa masalahnya?"

"Masalahnya... Check in kat web nanti ticket tak lawa. Buruk!"

"Apa masalah negara sangat kah ticket buruk? Engko nak balik ke tak!"

Mimi meninggalkan rumah tepat jam 9.05 pagi. Perjalanan ke airport lebih kurang 15 minit kalau kelajuan yang dipandu luar biasa dan tak jammed. Maklum lah... weekend pagi memang jammed. Approximate time Mimi akan sampai pada pukul 9.25 pagi di Kuching International Airport. Dan dia masih mempunyai baki sebanyak 15 minit untuk pergi counter check-in, drop luggage dan masuk gate. Sebenarnya ini memang impossible sangat ni. Tapi takpelah, mana tahu pagi ini staff MAS boleh tolerate ke kan, boleh jadik reversal.

"Alel!"

"Ye? Mende?"

"Mimi tertinggal luggage!"

Maka, berlari lah ia masuk menaiki tangga kembali dan mencapai bagasinya yang besar gabak itu.

Good luck, Mimi. Jangan lupa waksap sekeping selfie di airport kalau anda tak berjaya pulang Ganu pagi ini.

Rumah aku dah kosong. Punya lah bosan sikit pagi ni, aku pun kemas rumah, cuci bilik air, cuci jamban dan mop lantai rumah. Home now is  mine!


"Mana datangnya kekuatan kita untuk tinggal seorang di rumah ni waktu cuti ni kan Alel?" - Hasniza Razak, 2014.

"Kekuatannya assignment yang nak kena submit tu." 

"Bab balik rumah orang yang paling aku tak percaya sekali Alel. Balik Kuching paling lambat pun dia. Win." - Aireen Azraai, 2014.

"Sik caya kamek kitak sikmok balit. Berani kah tido? Kelak Kak Limah datang haaa siktauk!" - Nadia, 2014


Aku dah buat pakatan dengan Kak Limah. Nanti kita main Bingo.




No comments: