Total Pageviews

Sunday, May 18, 2014

Malaikat maut



Aku leka main swamp attack dekat talipon sambil tunggu Maghrib masuk. 

6.40 petang. Hari semakin gelap. Lampu jalan terang benderang. Langit syahdu sama macam hati sesetengah manusia yang mungkin pada ketika ini dikecewakan, dikhianat, atau dipatahkan. 

Angin menyusuri suasana yang suram itu. Diikuti bunyi guruh. Aku memandang tirai di jendela. 

Angin mendayu berbunyi. Langsir turut sama menari. Sama seperti babak filem seram director ketandusan idea, Ahmad Idham. Semakin aku leka menembak buaya dan zombie semakin aku melengahkan maghribku. 

Teringat sebuah kisah seorang student. Yang terlalu sibuk dengan kelas. Terlalu sibuk dengan assignment. Waktu makan entah kemana. Waktu riadah jauh sekali. Waktu solat terkadang sompek. 

Waktu yang ada, online semata. 

Saat tak sempat menunaikan solat, malaikat maut datang menjemput. Tanpa sedikit kompromi. 

Who knows He keeps watching you, who knows he's choosing for the right time.

Terus aku bangun dari birai katil dan membentang kembali sejadah lalu membetulkan telekung yang dari tadi belum aku tanggalkan. 

Dibuatnya malaikat maut ketuk pintu bilik ni kang, tak sempat aku nak mengucap. Paling teruk, mati dalam keadaan lagha. Bisik hati kecilku. 

"Dik..."

Suara sayu menyapa. 

Aku menoleh ke arah tingkap. Tiada siapa.

"Dik...." Lagi sekali ia berbunyi. Tapi kali ini lebih sayu. 

Aku tergamam. Lantas menarik hujung telekung aku keatas. Aku pandang cermin atas meja study. Kelihatan seorang tua berpakaian putih dari atas ke bawah. 

Kalau Tuhan nak jemput aku menghadap Dia, bagi lah aku jumpa Mak dulu. Tak dapat jumpa keluarga, jumpa Mak seorang pun jadilah.. 

"Dik...." 

Daifnya rupa dia. Aku masih melihat cermin sebelum sempat menoleh. 

"Dik.." Kali ni suaranya lebih garau dan kasar. 

Aku menoleh ke arah tingkap. Angin berserta guruh turut sama menyaksikan situasi itu. 

Meremang bulu roma aku. Sebiji kepala ditingkap bersama peluhan bertitik-titik diatas hidung dan mulut. 

Rasa nak gugur jantung. Berpeluh. Aku bernafas separuh mati sama seperti dia. 

"Dik.. Nak beli nasi ayam..? Penat akak naik tangga sampai tingkat dua ni ketuk rumah orang. Takde siapa nak beli."

Entah apa yang akak ni pikir sampai dia terpikir nak letak kepala dia sebijik atas tingkap aku. 

Takde apa yang mampu aku buat pada ketika itu melainkan memaki secara konsisten dalam hati. 









No comments: