Total Pageviews

Saturday, October 11, 2014

Perempuan Itu


Harini mood aku tersangatlah cerah dan berwarna-warni bak pelangi yang ada 7 kaler.

Walaupun, dah berapa hari berjanji untuk derived 20 questions dari pekeliling. Tapi haram. Ujung-ujung buat mende lagha jugak. 

Walaupun, berjanji harini nak siapkan assignment odc. Tapi haram. Memanjang kelaut. 

Walaupun, berjanji harini nak habiskan lambakan jurnal yang tak habis baca lagi. Tapi haram. Masuk page yang kedua je otak aku dah ada idea nak buat mende yang lebih menyeronokkan. Main Diablo contohnya. 

Last-last pertikaikan kenapa masa berlalu begitu pantas? Padahallll, kau dari kecik Cikgu Yaakub dah kabor Masa Itu Emas, kau je semedang-medang pi pajak masa kau. 

Masalahnya, aku cuba menghargai weekend aku dengan mende yang santai. Bergolek-golek atas katil. Sembang mende mengarut dengan geng sekutu sampai kengkadang mengarut tak tercapai dek akal. Pergi gym dan juga menghargai nikmat hidup dengan aktiviti yang menyeronokkan, atau pun paling-paling bertunas dengan kawan baik aku, yeitu otak. Otak aku sentiasa berguna dalam kondisi ianya tak perlu pun digunakan. Memandangkan, weekdays dah lah tak cukup ruang nak bernafas. 

Tapi..
FYP ENGKO TAK SIAP LAGI NATANGGG! 

Bergema seluruh alam suara dari langit. 

Peh. Rindu betul zaman masa tahun 1. Weekend adelah waktu untuk rilek dan berseronok. Sekarang dah tahun akhir, weekend adelah neraka bagiku. 

Tapi entah. Sebab mood gembira memanjang start dari celik mata, hari ni aku kemas rumah dan mop sampai koridor luar rumah. Pakai softlan siapa entah dalam bilik air. Pedulik, asal boleh mop dan wangi. Nama nak membeli ajax fabuloso, memang kedekut.

By tengahari aku keluar pegi makan dengan kawan aku.

Di tengah panas yang berdenting ini, kelihatan awan di langit Borneo tersangat lah cantik. Aku selalu observed mende dari semester 1. Tak tau lah kalau mata aku je yang tengok cantik kan. Sebab ada orang tengok semua awan sama je walaupun yang muncul hari ini adelah awan stratocumulus bukannya cirrocumulus.

Aku rasa Borneo awan dia selalunya low cloud. Cumulonimbus misalnya. Macam gula gula kapas. Ke aku je yang rasa? Ke engko tak rasa apa yang aku rasa? Kalo tak rasa takde jodoh lah tu. *tetiba*

Ok. Ia mengingatkan aku ketika exam zaman sekolah. Soklan awan yang aku harapkan keluar, tapi soklan geseran jugak sibuk nak keluar. Nasib la bijak. kalau tak mesti nangis bawah shower habis exam tu. Kahhh. 

Ketika aku sedang queue dan memilih lauk yang takde-pilihan-tapi-kena-lah-bersukur-ada-jugak-makanan, kawan aku ni potong queue aku sambil tersengih-sengih.

Lantas aku bersuara,

“Motif kau potong barisan?”

“Alaaa..” jawab kawan aku penuh ngengade sambil ketawa dan diperhatikan oleh abang jual lauk tersebut.

“Eh tolong sikit eh, kawan saya ni memang dah datang awal dari saya eh. Lain kali kalau nak bercakap tu tanya dulu, jangan pepandai pakai sound je orang.”

Tetibah.

Cengkerik yang sepatutnya memainkan peranan untuk berbunyi pun tak jadik berbunyi.

Kelihatan seorang perempuan bertudung labuh kaler pink yang sedang sibuk cedok lauk menjeling kat aku.

Ewah ewah. Dah lah tetibe masuk line dalam cerita aku, pastu nak menjeling pulak.

“Awak, saya cakap dengan kawan saya tau....” Sampuk aku yang baru perasan dia tengah marah kat aku.

“Eh yeke?? Hihihi ingatkan awak cakap dengan saya tadi!”

Motif aku nak cakap dengan kau?

Kau ingat kau best?

"Sorry ya salah faham tadi.. Hehehe"

Mkay. Awak ni pandai buat jenaka tau. Saya dah lah mudah terhibur. 


No comments: